Images
  • Carrie Lam
    Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam. (Gambar: AFP/Anthony WALLACE)

Carrie Lam janji turunkan cukai korporat Hong Kong, hurai masalah rumah terlalu mahal

HONG KONG: Hong Kong akan menurunkan kadar cukai keuntungan syarikat kepada 8.25 peratus bagi pendapatan HK$2 juta (S$350,000) yang pertama.

Dalam ucapan dasarnya yang pertama, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam juga berjanji akan menangani masalah harga rumah yang terlalu tinggi.

Beliau akan meminta supaya bekalan tanah ditambah dan melancarkan skim baru perumahan bagi membantu keluarga-keluarga membeli rumah.

Harga hartanah di Hong Kong adalah antara yang paling tinggi di dunia. Ia terus naik meskipun pemerintah Hong Kong sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk meredakan kenaikan harga itu tahun lalu.

Dalam ucapannya itu Cik Lam menambah, prinsip "satu negara, dua sistem" merupakan "aturan terbaik" dalam berurusan dengan China dan "matlamat yang boleh dicapai dan disambut baik oleh para penduduk Hong Kong".

- CNA/MU/aq

Komen Anda?

Top