Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak yang viral sebagai ‘perokok berantai’ kongsi kisah silamnya

Bagaimanapun, Aldi kini adalah seorang anak muda yang sihat dan cemerlang di sekolahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak yang viral sebagai ‘perokok berantai’ kongsi kisah silamnya

Aldi Suganda, 8 tahun, pernah suatu ketika dulu menjadi viral dengan ketagihan merokok yang teruk.

Diterbitkan : 19 Sep 2017 12:01AM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 12:06AM

INDONESIA: Aldi Suganda, 8 tahun, pernah suatu ketika dulu menjadi viral dengan ketagihannya yang teruk – menghisap rokok tanpa henti.

Disebabkan perkara itu Aldi perlu menjalani proses pemulihan yang tidak pernah dilalui rakan-rakan sebaya dengannya.

Aldi sebelum ini tidak boleh berhenti merokok dan perlu menghisap beberapa kotak rokok setiap hari.

"Sukar untuk saya berhenti. Jika saya tak merokok, mulut saya rasa masam dan kepala saya pening.

"Sekarang saya gembira, rasa lebih bersemangat dan badan saya lebih segar," katanya seperti ditukil mStar Online.

Aldi mencetus sensasi di seluruh dunia dengan video dirinya merokok tanpa henti dan ditonton berjuta kali.

Ibunya, Diana, mengimbas keadaan itu dan berkongsi Aldi akan menjadi marah dan naik angin jika ketagihannya dihalang atau Cik Diana enggan memberikan wang.

mStar Online menukil Cik Diana sebagai berkata: “Dia akan mula menghantukkan kepalanya ke dinding, dia seperti orang gila, menyakiti dirinya jika tidak mendapat rokok.”

ORANG RAMAI PERSOALKAN PERANANNYA

Cik Diana masih ingat lagi bagaimana orang sekeliling melihatnya sebagai ibu yang tidak baik dan selalu mempersoalkan tentang kemahiran keibubapaannya.

"Saya ibu yang lemah, dia sentiasa mengugut saya jika saya tidak memberi wang kepadanya....Saya takut dia akan mati," ujar Cik Diana.

Aldi adalah anak bongsu daripada tiga adik beradik lelaki hasil perkongsian hidup Cik Diana dan suaminya, yang tidak mahu dinamakan.

Aldi berbeza dengan kanak-kanak lain apabila menjadi satu-satunya kanak-kanak yang menghisap rokok dengan jumlah yang sangat banyak berbanding kanak-kanak lain di seluruh Indonesia, di mana lebih 267,000 kanak-kanak dianggarkan menggunakan produk tembakau setiap hari.

Cik Diana percaya Aldi mula ketagih disebabkan tekanan dan kehidupan yang terdedah kepada perokok.

Aldi akan dibawa ke pasar setiap hari untuk menemaninya menjual sayur-sayuran yang ditanam dan beliau percaya pekerja di sana mengajar anaknya merokok.

Selain itu Aldi juga dengan mudah boleh mendapatkan rokok yang dijual di pasaran, katanya.

Bagaimanapun, Aldi kini adalah seorang anak muda yang sihat dan cemerlang di sekolahnya.

Tetapi untuk sampai ke tahap ini, Aldi mengambil masa beberapa tahun untuk menjalani sesi pemulihan bersama psikologi kanak-kanak terkemuka negara yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan untuk Perlindungan Kanak-kanak Dr. Seto Mulyadi.

Selepas menjalani pemulihan, ketagihannya terhadap tembakau berakhir.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan