Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak perempuan hampir "diculik" singa laut?

Rakaman video amatur menunjukkan budak perempuan itu sedang duduk di tepi 'Stevenston Fisherman's Wharf' untuk melihat gelagat singa laut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2017 07:00PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:16PM

KANADA: Seorang budak perempuan dan keluarganya yang sedang bercuti di British Columbia, Kanada berdepan detik mencemaskan apabila anak perempuannya ditarik secara spontan oleh singa laut.

Rakaman video amatur menunjukkan budak perempuan itu sedang duduk di tepi 'Stevenston Fisherman's Wharf' untuk melihat gelagat singa laut.

Pada mulanya, haiwan itu kelihatan seolah-olah seronok bermain apabila diberi makanan oleh budak perempuan tersebut dan keluarganya.

Namun, secara tiba-tiba ia menarik budak perempuan berkenaan ke dalam laut.

Mujur budak itu sempat diselamatkan.

Menurut pihak berkuasa, singa laut jantan biasanya berenang di kawasan tersebut untuk mencari makanan.

Sungguhpun sudah diberi amaran supaya jangan memberi makanan, orang ramai masih kerap berbuat demikian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan