Images
  • massage bed
    Budak perempuan yang tersepit kepalanya di katil urut. (Gambar: Facebook / Info Roadblock JPJ/POLIS)

Budak perempuan 2 tahun tersepit kepala di lubang katil urut selama setengah jam

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Mohd Shahlan Amrin berkata kejadian berlaku di kedai spa yang diusahakan ibu mangsa di Pontian.

Keluarganya memanggil pihak bomba pada kira-kira 4.00 petang setelah mereka gagal mengeluarkan kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu. 

"Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bermain dengan adik perempuannya dengan masing-masing memasukkan kepala di dalam lubang tersebut.

“Adiknya dapat mengeluarkan kepalanya, tetapi kepala mangsa tersangkut,” katanya ketika dihubungi.  

Encik Mohd Shahlan berkata bomba terpaksa membesarkan lubang katil berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Mangsa, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan, katanya.

- BERNAMA/FA/fa

Komen Anda?

Top