Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak perempuan 12 tahun didakwa dirogol datuk, ayah dan 3 sepupunya

Para suspek tidak diwakili di mahkamah dan tiada pengakuan dicatatkan. Kes mereka akan dibicarakan lagi pada 6 September ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak perempuan 12 tahun didakwa dirogol datuk, ayah dan 3 sepupunya

Gambar hiasan. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 30 Jul 2017 11:34AM Dikemas Kini : 30 Jul 2017 11:35AM

LIMBANG: Seorang datuk berusia 72 tahun adalah antara lima lelaki yang didakwa di mahkamah pada Jumaat (28 Jul) kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun, menurut laporan media Malaysia.

Ayah mangsa yang berusia 40 tahun, bersama dengan tiga saudara budak itu yang berusia 16, 17 dan 21 tahun turut didakwa.

Kelima-lima mereka didakwa dengan 22 tuduhan merogol budak perempuan itu di lokasi berasingan di sebuah kampung di Limbang, bandar sempadan di utara Sarawak.

Perbuatan itu berlaku antara November 2016 hingga Jun tahun ini, menurut laporan akhbar New Straits Times.

Datuk mangsa dituduh merogol budak perempuan itu sebanyak enam kali, ayahnya empat kali dan tiga sepupunya tiga hingga lima kali, tambah laporan berkenaan.

Mereka didakwa atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur dan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan disebat jika didapati bersalah.

Para suspek tidak diwakili di mahkamah dan tiada pengakuan dicatatkan. Kes mereka akan dibicarakan lagi pada 6 September ini. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan