Images
  • crocodile
    Gambar hiasan buaya. (Gambar: AFP/Ezequiel BECERRA)

Buaya baham nelayan di Australia; insiden kedua dalam masa sebulan

SYDNEY: Seorang nelayan dipercayai dibaham seekor buaya besar setelah mayatnya ditemui di perairan utara Australia pada Isnin (20 Mac). Perahu kecilnya yang kosong dan senapang turut temui.

Lelaki berusia 35 tahun itu sedang memancing seorang diri, di perairan Innisfail, selatan Cairns di wilayah Queensland, dan dilaporkan hilang pada petang Ahad selepas bot dan senapangnya, yang masih tertusuk pada seekor ikan, dijumpai.

Mayatnya ditemui pada petang Isnin selepas pencarian dari udara dan dalam air dilancarkan.

Menurut akhbar The Cairns Post, seekor buaya agresif, yang dipercayai adalah buaya yang sama, menyerang sebuah bot polis lewat Ahad, dalam insiden yang menunjukkan tanda-tanda ia sudah membunuh baru-baru ini atau sedang melindungi sumber makanan.

Ini adalah insiden kali kedua dalam masa sebulan bagi masyarakat nelayan tempatan itu, setelah kaki seorang lelaki terputus akibat diserang jerung di pulau Hinchinbrook yang berhampiran, lapor akhbar tersebut.

- AFP/im

Komen Anda?

Top
>