Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buaya 1 tan terperangkap di pintu air stesen jana kuasa

Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Ventures.

Anggaran Waktu Membaca:
Buaya 1 tan terperangkap di pintu air stesen jana kuasa

Gambar hiasan buaya. (Gambar: AFP/Ezequiel BECERRA)

Diterbitkan : 28 May 2017 03:07PM Dikemas Kini : 28 May 2017 03:40PM

SHAH ALAM: Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen jana kuasa elektrik Kapar Energy Ventures (KEV) di Kampung Tok Muda, Malaysia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.45 malam semalam (27 Mei).

Dengan bantuan pekerja KEV, pasukan bomba menemui haiwan berkenaan pada kira-kira pukul 4.00 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen jana kuasa itu, katanya ketika dihubungi hari ini (28 Mei).

"B​​omba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya itu kerana kedudukannya di kawasan sempit dengan kedalaman kira-kira sembilan meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Petugas bomba menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.

"Kerja menyelamat ditamatkan pada 10.00 pagi tadi dan buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut," kata Zaidi.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan