Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain turunkan paras ancaman selepas dedah gambar pengebom nekad

Britain menurunkan tahap ancaman pengganasan selepas ia mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pengebom nekad, Salman Abedi pada malam serangan itu dilancarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain turunkan paras ancaman selepas dedah gambar pengebom nekad

Petikan daripada rakaman CCTV yang menunjukkan pengebom nekad, Salman Abedi, pada malam serangan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 May 2017 01:11PM Dikemas Kini : 28 May 2017 01:19PM

MANCHESTER: Britain menurunkan tahap ancaman pengganasan selepas ia mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pengebom nekad, Salman Abedi pada malam serangan itu dilancarkan.

Langkah itu diumumkan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang berkata bahawa kini terdapat 11 suspek dalam tahanan.

Para penyiasat memberikan perincian detik-detik akhir Abedi selepas mengeluarkan gambar-gambar daripada kamera-kamera keselamatan yang menunjukkan pengebom nekad itu yang berkaca mata, memakai seluar jean, topi dan jaket hitam yang tebal, termasuk beg galasnya.

Abedi, 22 tahun, dilahirkan di barat laut sebuah bandar di England dan ibu bapanya berasal dari Libya.

Dalam penangkapan terbaru berkaitan serangan di Manchester Arena baru-baru ini, polis menahan dua orang lelaki berusia 20 dan 22 tahun dalam satu serbuan di utara Manchester, pada awal pagi semalam.

Seramai 11 suspek ditahan di Britain manakala pihak polis Libya menahan bapa dan saudara lelaki Abedi.

Perdana Menteri Theresa May juga berkata bahawa pasukan tentera akan ditarik balik dari tugas meronda jalan-jalan raya mulai malam esok.

Serangan maut di Manchester Arena itu adalah yang terbaru dalam siri serangan di mana kumpulan militan ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. Ia juga berlaku serentak dengan serangan Amerika Syarikat ke atas kumpulan-kumpulan pelampau di Syria dan Iraq.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan