Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain secara rasmi akan mulakan proses keluar dari EU pada 29 Mac

Britain akan secara rasmi memulakan proses Brexit dengan menguatkuasakan Artikel 50 dalam Perjanjian Lisbon Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac, kata para pegawai hari ini (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Britain secara rasmi akan mulakan proses keluar dari EU pada 29 Mac

Perdana Menteri Britain, Theresa May. (Gambar fail: Daniel Leal-Olivas/AFP)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 08:34PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 08:35PM

LONDON: Britain akan secara rasmi memulakan proses Brexit dengan menguatkuasakan Artikel 50 dalam Perjanjian Lisbon Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac, kata para pegawai hari ini (20 Mac).

Ini berlaku sembilan bulan selepas rakyat Britain mengundi agar negara itu keluar daripada EU.

"Kami mahu rundingan bermula serta-merta," kata jurucakap Perdana Menteri Theresa May kepada para wartawan.

Duta Britain ke Brussels, Tim Barrow "pada pagi ini memaklumkan pejabat Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk tentang niat Britain untuk menguatkuasakan Artikel 50 dalam Perjanjian Lisbon pada 29 Mac," menurut kementerian Brexit dalam satu kenyataan.

Menteri Brexit, David Davis ditukil sebagai berkata dalam kenyataan itu bahawa rakyat Britain sudah menyetujui satu "keputusan bersejarah" untuk meninggalkan EU dalam pungutan suara 23 Jun lalu itu.

"Rabu depan, kerajaan akan mula melaksanakan keputusan itu dan secara rasmi memulakan proses menguatkuasakan Artikel 50," katanya.

"Kami di ambang antara rundingan paling penting untuk negara ini dalam satu generasi."

Majoriti 52 peratus pengundi Britain mengundi untuk meninggalkan EU - negara anggota pertama dalam sejarah melakukan demikian.

Proses 'perceraian' di bawah Artikel 50 itu menyediakan rangka kerja dua tahun bagi rundingan dijalankan.

Cik May berkata beliau mahu meninggalkan pasaran Eropah agar dapat mengawal imigrasi.

Suruhanjaya Eropah dijangka memberikan jawapan awal kepada makluman Britain tentang Artikel 50 itu dalam masa 48 jam, namun rundingan tidak dijangkakan bermula sehingga beberapa minggu atau bulan kemudian.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan