Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain alami salji paling tebal dalam 4 tahun, jejas jalan raya & jadual penerbangan

Lapangan Terbang Birmingham, yang kedua terbesar di Britain, menggantung semua penerbangan sedang kakitangan membersihkan landasan-landasan kapal terbang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2017 06:33PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 11:10PM

LONDON: Lapangan Terbang Birmingham, yang kedua terbesar di Britain, menggantung semua penerbangan sedang kakitangan membersihkan landasan-landasan kapal terbang.

Lapangan terbang tersebut yang biasanya mengendalikan kira-kira 30,000 penumpang dan 200 penerbangan sehari pada bulan Disember, memesongkan 11 penerbangan ke tempat lain.

Beberapa penumpang yang terjejas menulis di media sosial menggambarkan keadaan lapangan terbang tersebut seperti "zon perang".

Polis Wales, iaitu kawasan yang paling dahsyat ditimpa salji lebat dan kerajaan pusat England menggesa pemandu supaya menangguhkan perjalanan kecuali "sangat perlu".

Kemalangan-kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku " di merata-rata tempat".

Kali terakhir salji lebat melanda seluruh negara Britain adalah pada Mac 2013, dan pada musim sejuk 2010.

Sumber : AFP/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan