Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brazil tutup 3 kilang bungkus daging dek dakwaan rasuah

Pihak berkuasa Brazil sudah menutup tiga kilang pembungkusan daging di negara itu dan menangkap 20 pegawai awam serta lima pekerja syarikat-syarikat BRF dan JBS.

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil tutup 3 kilang bungkus daging dek dakwaan rasuah

Para suspek diiringi polis dalam operasi dikenali sebagai "Operation Weak Flesh" di Brazil. (Gambar: REUTERS/Rodolfo Buhrer)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 07:28PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 07:31PM

SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil sudah menutup tiga kilang pembungkusan daging di negara itu dan menangkap 20 pegawai awam serta lima pekerja syarikat-syarikat BRF dan JBS.

Ini menyusuli dakwaan bahawa beberapa syarikat memproses daging terbesar di Brazil memberikan rasuah kepada para pegawai kesihatan dan ahli politik agar menutup mata terhadap amalan tidak sihat seperti memproses daging lembu dan ayam-itik yang sudah busuk.

Brazil merupakan pengeksport daging merah terbesar di dunia.

Tahun lalu ia mengeksport daging lembu dan ayam itik bernilai lebih AS$12 bilion (S$16.8 bilion). 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan