Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN kekal berkuasa kerana sistem berat sebelah Dr Mahathir dahulu, kata PAS

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Umno dan masalah yang dihadapi oleh kumpulan politik tersebut adalah disebabkan oleh hasil didik mantan Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menurut satu laporan berita Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
BN kekal berkuasa kerana sistem berat sebelah Dr Mahathir dahulu, kata PAS

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (depan, ketiga dari kanan). (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 10:50PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 10:53PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Umno dan masalah yang dihadapi oleh kumpulan politik tersebut adalah disebabkan oleh hasil didik mantan Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menurut satu laporan berita Malaysiakini.

Laporan tersebut turut menambah bahawa PAS mengingatkan Dr Mahathir bahawa Barisan Nasional kekal berkuasa sebagai parti yang memerintah disebabkan oleh sistem berat sebelah yang dipraktikkan oleh Dr Mahathir dahulu.

Tuan Ibrahim menambah bahawa PAS melihat UMNO sebagai sebuah parti perompak dan penyamun dan mereka sejak dari dahulu konsisten dalam melawan parti tersebut.

Beliau mengatakan sedemikian sebagai respons terhadap kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa PAS lebih mementingkan permusuhan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP berbanding kepentingan bangsa dan agama Malaysia, dan daripada menyingkirkan kerajaan Najib Tun Razak.

Bekas pensyarah itu turut memberitahu Malaysiakini bahawa bagi partinya itu, menjatuhkan Najib daripada jawatannya tidak cukup untuk menyelesaikan masalah di negara Malaysia, namun apa yang diperjuangkan oleh PAS lebih daripada itu.

Beliau menambah bahawa PAS berazam untuk menggantikan sistem rasuah dengan dasar Islam untuk keselamatan negara serta rakyat berbilang kaum, menurutnya sepertimana yang dipetik dalam laporan Malaysiakini. 

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan