Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bill Gates sekali lagi lelaki terkaya di dunia, Trump tersungkur 200 tangga

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, sekali lagi menduduki tempat teratas dalam senarai hartawan terkaya dunia, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran Waktu Membaca:
Bill Gates sekali lagi lelaki terkaya di dunia, Trump tersungkur 200 tangga

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates. (Gambar fail: AFP/Emmanuel Dunand)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 11:15PM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 01:08AM

NEW YORK: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, sekali lagi menduduki tempat teratas dalam senarai hartawan terkaya dunia, menurut senarai majalah Forbes.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump jatuh lebih 200 tangga daripada kedudukannya sebelum ini, menurut majalah itu hari ini (20 Mac).

Encik Gates, yang jumlah kekayaannya dianggarkan mencecah AS$86 bilion (S$120 bilion), menduduki tangga teratas dalam senarai itu buat tahun keempat berturut-turut.

Beliau disusuli oleh ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett di kalangan 10 hartawan terkaya - kumpulan yang kebanyakannya terdiri daripada warga Amerika, yang ramai daripada mereka bekerja dalam sektor teknologi. Harta kekayaan Encik Buffett dianggarkan mencecah AS$75.6 bilion (S$105 bilion).

Hartawan lain dalam senarai 10 hartawan terkaya termasuk pengasas Amazon, Jeff Bezos di tempat ketiga, pengasas Facebook Mark Zuckerberg di tempat kelima dan pengasas bersama Oracle, Larry Ellison di tempat ketujuh.

Bilangan hartawan di dunia melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu kepada 2,043, peningkatan tahunan terbesar dalam tempoh 31 tahun sejak majalah itu mula membuat senarai tersebut, menurut Forbes.

Amerika Syarikat mendahului negara-negara dengan jumlah hartawan paling ramai iaitu 565, hasil nilai kian meningkat bursa saham Amerika sejak Encik Trump dipilih sebagai Presiden dalam pilihan raya November 2016.

China di tempat kedua dengan 319 hartawan, dan Jerman di tempat ketiga dengan 114.

Encik Trump sendiri jatuh 220 tangga dalam senarai itu kepada tempat ke-544 dengan kekayaan dianggarkan sebanyak AS$3.5 bilion (S$4.9 bilion).

"Sebanyak 40 peratus harta kekayaan Donald Trump terikat di Menara Trump dan lapan bangunan yang terletak 1.6 kilometer daripadanya," menurut Forbes.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan