Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berusia 104 tahun, Baiq Mariah, jemaah haji tertua tahun ini!

Jemaah haji tertua tahun ini adalah Cik Baiq Mariah, 104 tahun, jemaah wanita dari Indonesia!

Anggaran Waktu Membaca:
Berusia 104 tahun, Baiq Mariah, jemaah haji tertua tahun ini!

Jemaah haji tertua tahun ini, Baiq Mariah, yang berusia 104 tahun dari Indonesia. (Gambar: Facebook/ President Joko Widodo)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 11:41PM Dikemas Kini : 24 Aug 2017 12:19AM

RIYADH: Jemaah haji tertua tahun ini adalah Cik Baiq Mariah, 104 tahun, jemaah wanita dari Indonesia!

Beliau adalah jemaah paling tua di kalangan 221,000 jemaah dari Indonesia tahun ini.

Konsul Besar Konsulat Indonesia di Jeddah Mohammed Hery Saripudin memberitahu Arab News bahawa Cik Mariah sihat dan dapat menunaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah.

Beliau juga diberikan bantuan khas daripada para pegawai Kementerian Ehwal Agama Indonesia apabila beliau berlepas pada Sabtu (19 Ogos), tambah Encik Saripudin.

Cik Mariah menaiki penerbangan pertama rombongan jemaah Indonesia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok di Indonesia.

Laman Arab News menukil Encik Saripudin sebagai berkata ada sekitar sejuta masyarakat Muslim dalam senarai tunggu negara Indonesia untuk menunaikan ibadah haji.

Para jemaah perlu menunggu secara purata enam tahun sebelum dapat ke Makkah.

Kebanyakan jemaah Indonesia adalah warga tua dan usia mereka itu merupakan satu risiko kesihatan.

Sejauh ini, 20 jemaah Indonesia sudah meninggal dunia, tambah Encik Saripudin kepada Arab News.

Setiap rombongan jemaah disokong seorang pegawai perubatan yang boleh memberikan rawatan kepada keperluan kesihatan mereka, kata Encik Saripudin lagi.

“Selain seorang konsul haji yang mengendalikan pejabat konsulat di Jeddah, kami mempunyai dua lagi pejabat haji di Makkah dan Madinah untuk membantu jemaah Indonesia,” kata Encik Saripudin kepada Arab News.

Pusat Operasi Bersatu (UOC) akan beroperasi berdasarkan lima syif bagi memenuhi lebih banyak panggilan dan laporan kecemasan yang dijangkakan semasa musim haji, menurut Pengarah Besar UOC Ali Al-Ghamdi di rantau Makkah.

Sistem itu dikatakan Encik Ali berjaya dilaksanakan semasa musim haji tahun lalu. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan