Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berita kematian jutawan balak M'sia tidak benar, sebaliknya sedang dirawat di S'pura

Berita yang disebarkan mengenai kematian jutawan media dan balak, Tan Sri Tiong Hiew King semalam (25 Apr) adalah tidak benar.

Anggaran Waktu Membaca:
Berita kematian jutawan balak M'sia tidak benar, sebaliknya sedang dirawat di S'pura

Jutawan media dan balak, Tan Sri Tiong Hiew King. (Gambar: Tan Soo Beng/Facebook)

Diterbitkan : 26 Apr 2017 07:18PM Dikemas Kini : 26 Apr 2017 07:21PM

SIBU: Berita yang disebarkan mengenai kematian jutawan media dan balak, Tan Sri Tiong Hiew King semalam (25 Apr) adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau yang sedang dirawat di Singapura, "dalam keadaan baik dan kuat''.

Demikian penjelasan daripada pihak keluarganya menerusi satu kenyataan media, sebagai menjawab pertanyaan orang awam dan media mengenai khabar tersebut.

Tan Sri Tiong, 82 tahun, dikatakan tidak sedarkan diri di rumahnya dan dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura pada Khamis lalu (20 Apr) dan didapati diserang angin ahmar.

"Berdoalah bersama kami agar beliau menjadi lebih kuat dan hebat. Tan Sri banyak menyumbang kepada media dan pendidikan, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa," tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Tiong, yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau sering memberi kenyataan yang adil dan tepat dalam banyak perkara menerusi media, selain menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menyumbang untuk kebaikan tanpa syarat.

Menurut Forbes, nilai kekayaan Tiong sehingga semalam ialah US$1.97 bilion (S$2.8 bilion).

Keluarga termasuk adiknya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Lanang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Tiong Thai King serta pengurusan tertinggi Rimbunan Hijau, kini berada di Singapura bersamanya. 

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan