Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berang anak asyik meragam, bapa pukul bayi 4 bulan sampai mati

Hanya kerana bayi tidak berhenti menangis, seorang bapa dari Pennsylvania sanggup memukul anak perempuannya yang baru berusia empat bulan sehingga mati.

Anggaran Waktu Membaca:
Berang anak asyik meragam, bapa pukul bayi 4 bulan sampai mati

Gambar hiasan. (Gambar fail: REUTERS/Toru Hanai)

Diterbitkan : 16 Nov 2017 12:23PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 12:28PM

PENNSYLVANIA: Hanya kerana bayi tidak berhenti menangis, seorang bapa dari Pennsylvania sanggup memukul anak perempuannya yang baru berusia empat bulan sehingga mati.

Suspek, George Gazzam, 30 tahun, mendakwa bayi itu terjatuh dari tempat tidur di kediaman mereka di Mount Lebanon pada Ahad, seperti dipetik Astro Awani.

Namun, pemeriksaan perubatan menunjukkan Victoria Gazzam mengalami pendarahan otak, kerosakan buah pinggang, luka pada jantung, patah tulang rusuk, luka di belakang badan dan kepala, serta pendarahan di belakang mata.

Menurut pegawai koroner Christine James, seperti ditukil Astro Awani, kecederaan pada bayi itu bagaimanapun tidak sepadan dengan dakwaan bapa mangsa.

Ketika disoal siasat, suspek mengubah cerita dan akhirnya mengaku memukul anaknya beberapa kali kerana asyik “meragam”.

“Bayi berhenti bernafas dan matanya berpusing ke belakang,” kata suspek kepada polis.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang bekerja, kata polis seperti yang dipetik oleh Daily News.

Dalam tukilan laporan Astro Awani, suspek kini ditahan dan bakal didakwa atas tuduhan mencederakan kanak-kanak. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan