Belia Iran ini sanggup lakukan 50 pembedahan untuk dapat wajah mirip Angelina Jolie
Peminat setia Angelina Jolie, atau peminat fanatik tak kena tempat? Andalah jadi penilainya.
IRAN: Peminat setia Angelina Jolie, atau peminat fanatik tak kena tempat? Andalah jadi penilainya.
Seorang belia Iran ini dipercayai sudah menjalani pembedahan plastik sebanyak 50 kali, semata-mata kerana ingin kelihatan serupa dengan bintang jelita Hollywood, Angelina Jolie.
Sahar Tabar, berusia 19 tahun, mengamalkan diet yang ketat dan kini berat badannya hanya 40 kilogram, berkongsi selfienya di Instragram, yang tersebar luas menurut laporan The Sun.
Meskipun perubahannya yang amat ketara, dilaporkan kebanyakan daripada 73,000 pengikut instagramnya tidak percaya bahawa belia tersebut memang melakukan pembedahan plastik. Akaun IG itu kini sudah dijadikan privet.
Para netizen memberikan komen mengenai hidungnya dan tulang pipinya berada berbeza di beberapa gambar, dengan saiz bibirnya juga berlainan, menurut laporan The Star.
Beberapa pengikutnya juga mengatakan bahawa gambar-gambarnya membuat mereka "mual" dan belia tersebut kelihatan seperti zombie.
Sementara itu, ada pula yang percaya bahawa transformasinya disebabkan solekan dan dandanan, juga sebilangan yang berpendapat beliau menggunakan Photoshop dan sofwe yang lain untuk mengedit gambarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.