Images
  • kerusi mainan
    Kerusi mainan yang dibeli Cik Savannah. (Gambar: Twitter / itssavannahxox)

Beli kerusi betul, terima kerusi mainan dari Amazon

AMERIKA SYARIKAT: Tentu sekali ramai yang gemar membeli belah secara online. Tidak perlu mengharungi kerenah orang ramai, khususnya pada waktu-waktu sibuk dan juga beberapa barangan dibeli secara online lebih murah.

Tetapi anda harus berwaspada ketika berbelanja secara online. Jangan jadi seperti wanita ini!

Menurut catatan Twitter Cik Savannah, beliau menempah sebuah kerusi plastik yang agak unik dari laman Amazon. Kerusi itu beliau ingin letakkan di ruang biliknya.

Kerana tertarik dengan harga kerusi tersebut yang amat rendah, AS$10 (S$13), beliau tidak teragu-ragu untuk membelinya.

Alangkah terperanjat apabila kiriman kerusi yang ditempah itu akhirnya tiba! Ia tidak seperti yang beliau jangkakan.

Kerusi yang ditempah memang seperti yang tertera dalam laman tersebut, hanya ia amatlah kecil. Ia sebenarnya adalah kerusi mainan yang kecil.

Beliau memuat naik gambar serta pengalamannya ke Twitter dan orang ramai menasihatinya untuk membaca reviu dan ukuran yang tertera.

Cik Savannah mengakui itu satu kesilapan tetapi menurut beliau dalam laman Twitternya, dengan harga yang begitu rendah, beliau hanya membeli tanpa berfikir dua kali.

Walaupun begitu, beliau tidak menyesal di atas pembeliannya itu kerana pengalaman tersebut amat melucukan. 

- Agensi Berita/FA/fa

Komen Anda?

Top