Images
  • sprm logo
    Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar: Facebook/SPRM)

Beli Hotel Park City di London: Pasukan rasuah M'sia siasat Felda Investment

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pemeriksaan di Felda Investment Corporation (FIC) di Kuala Lumpur, pagi tadi (17 Jul).

FIC merupakan syarikat pelaburan bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda.

Syarikat FIC sedang disiasat berhubung pembelian Hotel Park City di Kensington, London sebuah kawasan mewah di ibu kota Britain itu.

Pasukan SPRM seramai tujuh pegawai mengambil beberapa dokumen dari pejabat tersebut.

Baru-baru ini, SPRM menyatakan beberapa orang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

FIC membeli hotel empat bintang itu dalam tahun 2014 pada harga RM330 juta (S$110 juta).

Hasil siasatan awal mendapati harga itu jauh lebih tinggi daripada harga pasarannya, menyebabkan FIC mengalami kerugiaan jutaan ringgit.

- CNA/im

Komen Anda?

Top