Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belgium kenal pasti pengebom nekad stesen kereta api

Pasukan keselamatan Belgium sudah mengenal pasti lelaki yang meletupkan bahan letupan di sebuah stesen kereta api di Brussels 

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium kenal pasti pengebom nekad stesen kereta api

Suspek bagi insiden pengeboman di Belgium sudah dikenal pasti. (Gambar: AFP/Emmanuel DUNAND)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 05:26PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 05:27PM

BRUSSELS: Pasukan keselamatan Belgium sudah mengenal pasti lelaki yang meletupkan bahan letupan di sebuah stesen kereta api di Brussels sebelum dia ditembak dan dibunuh, kata Menteri Dalam Negeri Belgium Jan Jambon hari ini (21 Jun).

Encik Jambon menambah serangan itu mungkin akan lebih teruk lagi. Mujur "letupan besar tidak berlaku".

Beliau menambah, lebih banyak perincian mengenai alat yang digunakan akan didedahkan tidak lama lagi.

Jambon berkata pihak polis sudah menjalankan pencarian setelah identiti penyerang itu sudah dikenal pasti.

Tiada lagi orang yang cedera melainkan suspek itu, yang disahkan maut oleh pihak pendakwa beberapa jam selepas serangan berkenaan.

Para penumpang yang menangis ketakutan juga dilihat melarikan diri dari stesen itu yang terletak di tengah Brussels selepas letupan tersebut.

Masih jelas lagi dalam ingatan mereka mengenai serangan nekad tahun lalu yang dilakukan di stesen metro dan lapangan terbang di bandar itu, yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU).

Brussels berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi sejak para pengebom nekad melakukan serangan di Lapangan Terbang Zavantem dan stesen metro Maalbeek yang berdekatan ibu pejabat EU pada bulan Mac 2016. Sernagan tersebut membunuh 32 orang dan mencederakan ratusan yang lain. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan