Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas ketua polis anti-maksiat dipenjara 40 tahun kerana rogol, liwat remaja

Bekas Ketua Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dikenakan hukuman penjara 40 tahun dan disebat 15 kali kerana merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima tahun lalu, dalam apa yang disifatkan sebagai "jenayah menurut hawa nafsu".

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas ketua polis anti-maksiat dipenjara 40 tahun kerana rogol, liwat remaja

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 11:34AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 11:39AM

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dikenakan hukuman penjara 40 tahun dan disebat 15 kali kerana merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima tahun lalu, dalam apa yang disifatkan sebagai "jenayah menurut hawa nafsu".

Timbalan Superintenden Rohaizat Abd Ani, 58, gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan semalam (23 Mac) bagi menolak tuduhan merogol dan meliwat oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, hukuman penjaranya dikurangkan separuh daripada 80 tahun kepada 40 tahun selepas panel tiga hakim mahkamah itu memerintahnya menjalani hukuman penjara bagi tiga tuduhan merogol berjalan serentak.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakilinya, berkata dengan mengambil kira potongan satu pertiga daripada hukuman penjara kerana berkelakuan baik, Rohaizat akan menjalani hukuman penjara selama 27 tahun sehingga dia berusia 85 tahun.

Rohaizat, yang memakai jaket hitam, kelihatan tenang ketika keputusan tersebut diumumkan mahkamah. Seorang jurubahasa mahkamah kelihatan menyampaikan keputusan itu kepadanya sebelum dia dibawa ke lokap bangunan mahkamah kemudiannya.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Datuk Kamardin Hashim mengeluarkan waran hukuman terhadap Rohaizat untuk menempatkannya di penjara memandangkan sebelum itu, dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan semalam.

Rohaizat disabit kesalahan oleh Mahkamah Sesyen bagi empat tuduhan
merogol dan satu pertuduhan meliwat remaja berkenaan, yang didakwa dilakukannya di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu antara 1 Feb 2012 dan 6 Mei 2012. Selepas gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi, Rohaizat mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 20 tahun terhadapnya bagi setiap kesalahan dan sebat tiga kali, masing-masing bagi tuduhan pertama dan kedua kerana merogol dan meliwat mangsa bawah umur itu, dengan hukuman penjara diperintah berjalan serentak, dan hukuman penjara 20 tahun serta tiga kali sebatan bagi setiap tiga kesalahan merogol, yang dilaksanakan secara berturut-turut.

Mohd Zawawi menolak rayuan Rohaizat berhubung sabitan kesalahannya, tetapi membenarkan rayuannya agar hukuman penjara dikurangkan dan memerintahnya menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi tiga tuduhan merogol secara serentak, bukan secara berturut-turut.

Rohaizat diperintah mula menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi tiga
kesalahan merogol setelah selesai menjalani hukuman penjara bagi dua kesalahan pertama.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan