Images
  • fire generic
    (Gambar hiasan: AFP/Indranil MUKHERJEE)

Bekas isteri dipercayai bakar rumah setelah diminta pulangkan BMW

KOTA BHARU, KELANTAN: Seorang wanita dipercayai naik berang apabila bekas suami wanita itu memintanya memulangkan kereta BMW M5. Akibatnya? Dia membakar dua rumah milik lelaki itu.

Nur Athirah Zulkifly, 28 tahun, kini dicari polis behubung dua kes kebakaran, iaitu di rumah sewa lelaki tersebut serta rumah bekas mertuanya hujung minggu lalu, menurut Kosmo!.

Wanita berkenaan baru diceraikan ahli perniagaan tersebut enam bulan lalu. Bekas suaminya itu kemudian membuat laporan polis untuk memintanya memulangkan kereta BMW M5.

Pada 5.25 pagi Sabtu lalu, salah sebuah rumah milik lelaki tersebut di Jalan Belakang Asrama Zainab terbakar – melibatkan kerugian RM35,000 (S$11,000).

Pada keesokan harinya pada 4.20 pagi pula, sebuah lagi rumah miliknya di Kampung Chicha pula terbakar, hingga menyebabkan kerugian RM50,000 (S$15,810), menurut Kosmo!.

Bekas suami wanita itu berkata dua lelaki yang menunggang motosikal memecahkan tingkap ruang tamu rumahnya, lalu menyimbah petrol dan menyalakan api, sebelum melarikan diri.

Polis sedang mencari wanita berkenaan untuk membantu dalam siasatan kes yang sudah disifatkan sebagai khianat dengan api, kata ketua polis Kota Bharu ACP Baharom Abu kepada Kosmo!.

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top