Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bedilan udara terus berlaku di Filipina

Pertempuran bandar Marawi itu bermula pada Selasa lalu (23 Mei) apabila tentera menyerbu tempat persembunyian Isnilon Hapilon, seorang pengganas yang dikehendaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Bedilan udara terus berlaku di Filipina

Asap akibat pertempuran yang berlaku. (Gambar: REUTERS/Erik De Castro)

FILIPINA: Helikopter-helikopter tentera pemerintah terus membedil Marawi, dalam usaha untuk menguasai semula bandar di pulau Mindanao itu dari tangan golongan militan yang ada kaitan dengan ISIS.

Pertempuran bandar Marawi itu bermula pada Selasa lalu (23 Mei) apabila tentera menyerbu tempat persembunyian Isnilon Hapilon, seorang pengganas yang dikehendaki.

Bagaimanapun Hapilon, yang dipercayai pemimpin kumpulan militan Maute, dapat melarikan diri.

Kumpulan itu yang mahu menjalin hubungan dengan ISIS, kini menduduki sebahagian bandar Marawi dan menahan beberapa orang tebusan.

Anggota-anggota Maute termasuk beberapa rakyat asing.

Sepanjang pertempuran sejak lima hari lalu, 11 anggota keselamatan dan 31 militan terbunuh.

Dalam serangan hari ini (27 Mei), tentera udara Filipina buat pertama kalinya menggunakan roket berpandu.

Ketua Markas Tentera daerah Mindanao Barat berkata senjata berkuasa tinggi itu digunakan kerana pihaknya yakin dapat mengesan tempat di mana Isnilon Hapilon berada.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan