Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bazar Ramadan Sekitar Kuala Lumpur dinaik taraf

Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menaik taraf tapak bazar Ramadan sekitar ibu kota secara berperingkat bagi menjadikannya lebih selesa.

Anggaran Waktu Membaca:
Bazar Ramadan Sekitar Kuala Lumpur dinaik taraf

Latar langit bandar Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar: AFP/Mohd RASFAN)

Diterbitkan : 28 May 2017 08:43PM Dikemas Kini : 28 May 2017 08:44PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menaik taraf tapak bazar Ramadan sekitar ibu kota secara berperingkat bagi menjadikannya lebih selesa.

Menterinya Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Bazar Ramadan Kampung Baru menjadi perintis kepada usaha berkenaan.

"Kita harap dapat kembangkan di tempat lain seperti di Keramat, Sentul, kawasan-kawasan Masjid Jamek dan sebagainya.

"Di Kampung Baru sudah masuk tahun kedua, tahun ini sebagai penambahbaikan kita berikan kemudahan seperti kipas angin dan lain-lain," katanya kepada wartawan selepas merasmikan dan membuat lawatan di bazar berkenaan hari ini (28 Mei).

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua merangkap Anggota Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani,

Tengku Adnan turut mengingatkan para peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menaikkan harga sewenangnya dengan alasan tidak munasabah.  

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan