Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi terjuntai demi 'likes' di Facebook

Gambar-gambar menunjukkan lelaki itu melakukan perbuatan berkenaan di tingkat 15 sebuah bangunan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi terjuntai demi 'likes' di Facebook

Bayi yang terjuntai di tingkat 15 sesebuah bangunan. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 08:48PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 08:50PM

ALGERIA: Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun kerana meletakkan seorang bayi dalam keadaan terjuntai dari sebuah tingkap, hanya untuk mengumpan "likes" dalam akaun Facebooknya.

Gambar-gambar menunjukkan lelaki itu melakukan perbuatan berkenaan di tingkat 15 sebuah bangunan.

Dia menyertakan ungkapan "1,000 likes atau saya akan lepaskan bayi ini".

Tulisannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan para pengguna media sosial menggesa supaya dia ditangkap.

Menurut laporan di laman Al-Arabiya, lelaki itu dikenakan hukuman penjara selama dua tahun setelah didakwa di mahkamah.

Dia, bagaimanapun, mendakwa gambar yang menjadi viral itu disunting dan pagar balkoni apartment itu dipadamkan para pengguna Facebook, menurut laman berita Algeria, Ennahar.

Penjelasan lelaki itu bagaimanapun tidak diterima pihak mahkmah berkenaan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan