Bayi pramatang mati setelah ditinggalkan ibunya dalam beg
Seorang bayi yang diletakkan ke dalam sebuah beg hitam, ditinggal di depan sebuah rumah di Pedurungan, Kota Semarang pada 7 November.
SEMARANG: Seorang bayi yang diletakkan ke dalam sebuah beg hitam, ditinggal di depan sebuah rumah di Pedurungan, Kota Semarang pada 7 November.
Polis tempatan mengatakan bayi itu yang mungkin dilahirkan pramatang sudah meninggal dunia.
Namun, semasa ditemui seorang penduduk, bayi malang itu masih hidup. Beg berisi bayi itu ditemui Encik Rahardian Ikhsan Pratama, 19 tahun.
Beliau kemudian melaporkan penemuannya kepada warga lain, termasuk ketua rukun tetangga (RT) di kawasan itu. Kes ini kemudian dilaporkan ketua RT kepada pihak polis.
Pegawai polis yang datang ke tempat kejadian, memeriksa keadaan bayi malang itu lalu mengesahkan ia tidak lagi bernyawa.
"Surat yang dipercayai ditulis ibu kepada bayi itu juga ditemukan dalam beg hitam tersebut," tambah AKP Ali Santoso.
Dalam surat itu tertulis: "Tolong rawat anak saya, Tegar Narendra, 7 November 2017".
Berikutan itu, bayi malang tersebut dibawa ke Rumah Sakit Dr. Kariadi Semarang untuk autopsi.
Polis masih memburu ibu bapa bayi malang itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.