Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi mangsa rogol berusia 13 tahun di India meninggal dunia

Bayi yang lahir dari mangsa pemerkosaan yang berusia 13 tahun di India meninggal pada usia dua hari.  

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi mangsa rogol berusia 13 tahun di India meninggal dunia

Lebih dari 10.000 anak diperkosa sepanjang tahun 2015. (Gambar: AFP/SAJJAD HUSSAIN)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 10:44PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 10:48PM

INDIA: Bayi yang lahir dari mangsa pemerkosaan yang berusia 13 tahun di India meninggal pada usia dua hari, menurut laporan BBC.

Laporan tersebut melaporkan bahawa Mahkamah Agung sebelum itu pernah membenarkan mangsa tersebut untuk menggugurkan kandungannya.

Walau sempat dirawat secara intensif, bayi tersebut akhirnya meninggal dunia di Mumbai.

Usia kandungan itu sudah 32 minggu apabila bayi tersebut dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.

Seorang rakan kerja ayahnya, ditangkap atas tuduhan memperkosa budak perempuan tersebut.

India biasanya membolehkan seseorang untuk menggugurkan kandungannya selepas 20 minggu, jika nyawa ibunya terancam.

KEPUTUSAN GUGURKAN BAYI DILULUSKAN BAGI ELAK TRAUMA BAGI IBU 13 TAHUN

Dalam kes budak perempuan yang berusia 13 tahun, kehamilannya diketahui pada 9 Ogos lalu ketika dia dibawa ibu bapanya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi kegemukan.

Seorang peguam di Delhi kemudian meminta izin Mahkamah Agung untuk menggugurkan kandungannya.

Dalam satu penghakiman bersejarah, mahkamah memberi kebenaran kepada budak perempuan itu untuk menggugurkan kandungannya.

Disebabkan budak itu sudah dalam peringkat akhir kehamilan, dia melahirkan bayi lelaki dengan berat badan 1.8 kilogram.

Punca kematian bayi tersebut masih tidak diketahui, namun menurut laporan akhbar India bayi tersebut mempunyai masalah paru-paru dan kesukaran bernafas.

Kakitangan hospital berkata budak 13 tahun itu sudah diberitahu tentang kematian bayinya dan menerima berita itu dengan baik.

KES KETIGA DI INDIA GADIS DIPERKOSA MEMINTA MENGGUGURKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Kes itu merupakan yang ketiga dicatatkan sepanjang tahun ini di India di mana mangsa rogol minta kangungannya digugurkan, menurut BBC.

Satu lagi kes melibatkan mangsa pemerkosaan berusia 10 tahun di Chandigarh.

Pada bulan Mei lalu, seorang lagi budak perempuan berusia 10 tahun, didapati hamil di negara bagian Haryana dan boleh menjalani pengguguran kerana usia kandungannya masih di bawah 20 minggu.

Nama ketiga-tiga mangsa itu tidak didedahkan bagi melindungi identiti mereka. 

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan