Images
  • baby stand
    Bayi berusia 3 bulan setengah ini sudah boleh berdiri sendiri.

Bayi kurang 4 bulan boleh berdiri sendiri!

REYKJAVIK: Seorang ahli terapi membantu bayi kurang empat bulan berdiri sendiri.

Lazimnya bayi hanya boleh berbuat demikian sekurang-kurangnya pada usia sembilan bulan.

Tetapi kini ada bayi berusia 3 bulan setengah sudah boleh berdiri sendiri.

Ini hasil latihan renang yang dijalankan Snorri Magnusson.

Beliau berkata rahsianya adalah mengukuhkan tulang belakang dan bahagian atas tubuh badan bayi.

Kini 11 daripada 12 bayi yang mengikuti kelas renangnya boleh berdiri sendiri sekurang-kurangnya selama 15 saat, pada akhir kursus 12 minggu.

Magnusson percaya beliau bukan saja mengajar bayi-bayi ini berenang tetapi membangunkan kemahiran motor mereka.

- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top