Images
  • anies
    Mantan menteri pendidikan Indonesia Anies Baswedan mendahului persaingan dalam pusingan kedua pilihan raya gabenor Jakarta. (Gambar: REUTERS/Beawiharta)

Baswedan dahului Ahok berdasarkan kiraan awal undi

JAKARTA: Mantan menteri pendidikan Indonesia Anies Baswedan mendahului persaingan dalam pusingan kedua pilihan raya gabenor Jakarta, menurut kiraan tidak rasmi oleh sebuah syarikat privet hari ini (19 Apr).

Baswedan mendapat 51.93 peratus undi, berbanding Basuki Tjahaja Purnama, atau lebih dikenali sebagai "Ahok" yang memperolehi 48.07 peratus.

Ia berdasarkan kiraan sampel sekitar 5 peratus undi yang dijalankan oleh Indikator Politik.

Seorang calon memerlukan undi majoriti untuk memenangi pilihan raya gabenor itu.

Suruhanjaya pilihan raya nasional akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal bulan Mei.

Pilihan raya Jakarta itu dibayangi dengan ketegangan agama, dengan tunjuk perasaan besar-besaran diadakan terhadap Ahok, dan pilihan raya itu dianggap ramai sebagai persaingan bagi pilihan raya presiden negara itu pada 2019. 

- Reuters/ru

Komen Anda?

Top