Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Baru 15 tahun tetapi miliki kereta mewah Ferrari

Seorang jutawan ini bukan hanya mendapat sebarang kereta, tetapi kereta mewah Ferrari F12 Berlinetta.

Anggaran Waktu Membaca:
Baru 15 tahun tetapi miliki kereta mewah Ferrari

Rashed Saif dengan kereta Ferrarinya. (Gambar: Youtube / Money Kicks)

Diterbitkan : 13 Aug 2017 01:24PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 01:28PM

DUBAI: Jika anda seorang jutawan, apakah yang ada akan belikan buat anak anda?

Anak seorang jutawan ini bukan hanya mendapat sebarang kereta, tetapi kereta mewah Ferrari F12 Berlinetta! Walaupun menerima kereta, Rashed Saif Belhasa yang berusia hanya 15 tahun itu tidak boleh memandu kerana had umur untuk memandu Dubai ialah 18 tahun.

Rashed juga mempunyai laman YouTube dan Instagramnya sendiri untuk menunjuk-nunjukkan perbelanjaan mewahnya.

Kereta itu bukan sahaja kemewahannya itu, ia juga disalutkan dengan salutan jenama mewah 'Supreme' oleh FoilX, menurut DailymailUK.

Tambahan pula, dia juga makan malam dengan bintang tinju dari Britain, Amir Khan.

Bagi barangan peribadinya pula, beliau memiliki kasut trend terkini, Yeezy, yang eksklusif bernilai AS$1 juta (S$1.3 juta). Juga, kasut dan beg berjenama Louis Vuitton/Supreme, menurut laman Dailymail UK.

Menukil laman itu juga, Rashed adalah anak kepada seorang tokoh pemaju hartanah di Dubai, Said Ahmed Belhasa.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan