Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa 6 anak didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

 Seorang bapa enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah di Ayer Keroh hari ini (14 Nov) atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Insiden tersebut berlaku tiga tahun lepas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa 6 anak didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

(Gambar: Polis Diraja Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 14 Nov 2017 04:09PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 04:10PM

MELAKA: Seorang bapa enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah di Ayer Keroh hari ini (14 Nov) atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Insiden tersebut berlaku tiga tahun lepas. 

Tertuduh yang berumur 32 tahun itu didakwa melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak perempuan yang juga merupakan rakan kepada adik lelakinya itu di sebuah rumah di Umbai, Jasin antara jam 1.00 tengah hari dan 4.00 petang pada Februari 2014.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang bekerja sebagai pemetik kelapa boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan hukuman sebat.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 (S$4,900) dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. 

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Bernama/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan