Bantahan ketiga di Indonesia, gesa Trump tarik balik keputusan mengenai Baitulmakdis
Bantahan berterusan di merata dunia termasuk di Indonesia.
INDONESIA: Bantahan berterusan di merata dunia termasuk di Indonesia.
Ribuan penunjuk perasaan berarak di luar kedutaan Amerika di Jakarta,menggesa Presiden Trump supaya menarik balik keputusannya berkenaan Baitulmakdis.
Ini merupakan bantahan ketiga di ibu kota Indonesia dalam masa kurang seminggu.
Para pemimpin Indonesia juga menyokong kritikan antarabangsa terhadap perisytiharan Trump.
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi sedang menuju ke Amman, Jordan untuk menghadiri pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Palestin dan Jordan.
Kunjungannya itu merupakan bentuk sokongan penuh Indonesia kepada rakyat Palestin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.