Banjir di Filipina: 13 hilang, penduduk diarah pindah
Di Filipina, hujan lebat menyebabkan banjir di sebahagian kawasan ibu kota Manila dan wilayah-wilayah berhampirannya hari ini (12 Sep).
MANILA: Di Filipina, hujan lebat menyebabkan banjir di sebahagian kawasan ibu kota Manila dan wilayah-wilayah berhampirannya hari ini (12 Sep).
Hujan lebat itu dibawa oleh angin puting beliung sekencang 60 kilometer sejam yang membadai wilayah Quezon di Pulau Luzon menjelang tengah hari tadi.
Menjelang ketibaan puting beliung itu, Biro Kaji Cuaca Filipina menaikkan tahap amaran angin kencang di Manila dan 19 wilayah Pulau Luzon.
Pihak berkuasa juga mengarahkan para penduduk di beberapa kawasan wilayah Quezon dan Laguna, berpindah.
Di Laguna, 13 orang dilaporkan hilang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.