Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banduan Arab Saudi berjaya genggam ijazah sewaktu jalani hukuman penjara

Tiada yang mustahil selagi kita terus mencuba dan berusaha untuk memperoleh kejayaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Banduan Arab Saudi berjaya genggam ijazah sewaktu jalani hukuman penjara

Abdul Rahman dari Arab Saudi berjaya menggenggam ijazah dari Universiti Imam ketika masih menjalani hukuman di Penjara Ha’ir. (Gambar dari petikan skrin)

Diterbitkan : 19 Mar 2017 09:39AM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 09:48AM

ARAB SAUDI: Tiada yang mustahil selagi kita terus mencuba dan berusaha untuk memperoleh kejayaan.

Semangat inilah yang dipaparkan oleh Abdul Rahman dari Arab Saudi setelah dia berjaya menerima ijazah dari Universiti Imam dalam jurusan asas-asas agama.

Ini meskipun dia masih menjalani hukuman di Penjara Ha’ir di selatan Riyadh, dalam petikan laporan Al Arabiya.

Lelaki berusia 42 tahun itu adalah yang pertama di kalangan 114 banduan di penjara tersebut yang lulus ijazah dengan cemerlang. Dia turut berharap dapat menamatkan pengajian ijazahnya sebelum beliau selesai menjalani hukuman penjara.

Menurut laporan Al Arabiya itu, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi juga sudah mula mengambil pendekatan pemulihan berbanding layanan buruk bagi banduan, di mana ia turut membantu mereka menggenggam ijazah sebelum mereka kembali kepada kehidupan normal.

“Saya sangat berbeza sekarang berbanding sebelum dipenjara, dan saya akan menasihati semua rakan saya untuk tidak membuang masa dan memanfaatkan masa mereka di penjara dengan meneruskan dengan pengajian ijazah. Saya berharap dapat menamatkan pendidikan lanjutan saya tidak lama lagi”, kata Abdul Rahman.

Seramai 114 banduan sudahpun meraih lapan ijazah berbeza dalam jurusan agama dan pentadbiran dari Universiti Imam baru-baru ini di bawah naungan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef, dalam tukilan laporan Al Arabiya.

Mereka turut dianugerahkan ijazah dalam majlis yang turut dihadiri para pegawai kanan dan ahli-ahli keluarga banduan tersebut.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan