Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Baitulmakdis ibu kota Israel: M'sia dan Indonesia bantah keras tindakan Amerika, desak keputusan di kaji semula

Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia Joko Widodo membantah keras tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2017 03:37PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 09:24PM

KUALA LUMPUR/JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia Joko Widodo membantah keras tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (7 Dis) berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel sampai bila-bila.

Semasa menyampaikan ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno yakin dan percaya umat Islam tidak dapat menerima sampai bila-bila cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga kota suci umat Islam itu sebagai ibu kota Israel.

Tetamu-tetamu dari Palestin, yang menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung itu atas jemputan Umno, juga bangun berdiri tanda memberi penghormatan terhadap kenyataan tersebut.

Presiden Indonesia Joko Widodo selaku pemimpin negara majoriti Islam juga turut membidas tindakan Amerika dan menggesa agar dipertimbangkan semula keputusan sepihak itu.

Dalam catatan Twitter miliknya, Presiden Jokowi berkata amat jelas sekali pengiktirafan Amerika itu melanggar ketetapan PBB.

"Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya," tambahnya.

Sumber : Bernama/CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan