Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahagian utara Zon Ekonomi Indonesia kini dinamakan Laut Natuna Utara

Indonesia menamakan semula bahagian utara zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2017 06:03PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 11:21PM

JAKARTA: Indonesia menamakan semula bahagian utara zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara.

Para pengamat menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha Indonesia hendak mengukuhkan lagi kedaulatannya di perairan tersebut.

Peta rasmi dengan nama baru itu didedahkan oleh Kementerian Ehwal Maritim Indonesia.

Sebahagian kawasan perairan yang kaya dengan sumber minyak dan gas itu dituntut oleh China.

Selain itu, Laut China Selatan juga dituntut oleh beberapa pihak lain termasuk Vietnam dan Filipina.

Indonesia menegaskan ia tidak terlibat dalam pertikaian di Laut China Selatan.

Namun ia sudahpun bertegang urat dengan China berhubung hak menangkap ikan di sekitar kepulauan Natuna.

Indonesia sudahpun menahan nelayan-nelayan China dan meluaskan kehadiran tenteranya di kawasan itu sejak 18 bulan yang lalu.

Dalam reaksinya Kementerian Luar China menyatakan langkah "menamakan semula kawasan itu tidak bermakna sama sekali.

Ia menggesa Indonesia supaya mencari "jalan tengah dengan China dan mengekalkan keadaan berbaik-baik sekarang di Laut China Selatan." 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan