Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahagi harta pusaka secara sama rata antara wanita dan lelaki - Presiden Tunisia

Presiden Tunisia mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji isu berkaitan hak-hak individu dan meneliti serta menimbangkan kesaksamaan antara lelaki dan wanita dalam semua bidang.

Anggaran Waktu Membaca:
Bahagi harta pusaka secara sama rata antara wanita dan lelaki - Presiden Tunisia

Presiden Tunisia Beji Caed Essibsi. (Gambar: FETHI BELAID / AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 12:02AM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 12:08AM

TUNISIA: Presiden Tunisia mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji isu berkaitan hak-hak individu dan meneliti serta menimbangkan kesaksamaan antara lelaki dan wanita dalam semua bidang.

Presiden Beji Caed Essibsi berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena meraikan sambutan Hari Wanita di negara itu, lapor laman Al Arabiya.

Meskipun hak-hak bagi wanita Tunisia begitu luas berbanding di negara-negara Muslim yang lain, soal pembahagian harta pusaka masih lagi berdasarkan undang-undang Syariah, iaitu mengikut hukum faraid. Ini bermakna, bahagian yang diterima lelaki bersamaan dengan yang diterima oleh dua wanita.

Presiden Essibsi menegaskan kesamarataan antara lelaki dan wanita, yang diluluskan oleh perlembagaan Tunisia, perlu meliputi semua aspek, lapor Al Arabiya.

Ini termasuk kesamarataan dalam hal berkaitan warisan harta pusaka.

Jika kita memikirkan tentang keharmonian, kerana ia ditetapkan oleh perlembagaan, maka kita mesti ke arah ini,” kata Presiden Beji.

Beliau berpendapat bahawa agama Islam membolehkan manusia membuat pertimbangan sendiri dalam soal pembahagian harga pusaka.

Presiden Essibsi juga menggesa Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman supaya menyemak semula dan meminda akta Nombor 73 yang melarang wanita daripada dinikahi warga asing jika agamanya tidak diiktiraf oleh mufti negara itu.

Beliau menambah, Perlembagaan Tunisia mengiktiraf kebebasan beragama dan moral dalam bab keenam dan meletakkan tanggungjawab ke atas negara untuk memastikan hak-hak kebebasan ini dilindungi, lapor Al Arabiya. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan