Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bagaimana plastik membunuh ikan-ikan, haiwan laut, burung

Sampah sarap, khususnya plastik, menjejas kehidupan di dalam laut, menurut laman BBC dalam episod terbarunya Blue Planet.

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana plastik membunuh ikan-ikan, haiwan laut, burung

Beberapa penyu laut yang mati di Semporna. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 23 Nov 2017 07:53PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 08:19PM

UNITED KINGDOM: Sampah sarap, khususnya plastik, menjejas kehidupan di dalam laut, menurut laman BBC dalam episod terbarunya Blue Planet.

"Jarang sekali saya tidak menemukan berbagai bentuk plastik, mulai dari tali tangsi plastik, bungkusan atau botol-botol plastik," kata penolong penerbit Sarah Conner kepada BBC Newsbeat.

"Ketika berada di atas kapal di laut, jika kita melihat sampah saat dalam perjalanan, kami akan berhenti dan memungutnya, sebagaimana kami harapkan semua orang yang peduli terhadap lautan akan melakukannya."

Banyak makhluk laut terbelit sampah plastik di lautan, seperti seekor penyu yang terperangkap dalam beg plastik.

Nasib penyu tersebut baik kerana jurukamera dokumentari itu berjaya melepaskannya daripada beg plastik dan penyu itu boleh berenang tanpa kecederaan.

"Ramai ahli akademik berpandangan bahawa sampah-sampah plastik di lautan merupakan ancaman terbesar bagi kesejahteraan makhluk laut," kata James Honeyborne, penerbit eksekutif BBC.

Dalam pada itu, plastik mikro juga mengakibatkan pencemaran kehidupan laut.

"Plastik-plastik itu mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan boleh mengakibatkan pencemaran kepada haiwan pemangsa seperti ikan paus," kata Encik Honeyborne.

"Kini sampah plastik disahkan memainkan peranan dalam pencemaran kerana ia diserap dalam tubuh haiwan," tambahnya lagi.

Beliau turut mengatakan ahli akademik harus meningkatkan penyelidikan mengenai plastik mikro dan bagaimana ia menjejas kehidupan laut.

"Plastik mikro kini banyak di lautan dan dimakan oleh sejumlah besar haiwan laut. Sehinggakan, ia ditemui di dalam Parit Mariana (Mariana's Trench), iaitu bahagian paling dalam planet ini."

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan