Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Awas: Produk kosmetik ini mengandungi racun

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik dalam lampiran berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual:

Anggaran Waktu Membaca:
Awas: Produk kosmetik ini mengandungi racun

Antara produk kecantikan yang mengandungi racun berjadual. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 11:23AM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 11:34AM

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik dalam lampiran berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual:

KESAN PADA KESIHATAN

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Ubat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan dan perubahan warna kulit yang tidak diingini. Malah, kulit akan menjadi hipersensitif. Kesan daripada penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko barah kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan, walau bagaimanapun, boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

PRODUK YANG MENGANDUNGI RAKSA BOLEH MENJEJAS ANAK KECIL

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan raksa pula boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Selain itu, ia boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Tambahan lagi, kesan mudarat akibat pendedahan kepada raksa boleh juga dialami oleh orang sekeliling pengguna, terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi raksa dihidu atau disentuh mereka. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada raksa apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi raksa atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi raksa boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN BAGI PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik berkenaan diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dianggap melanggar peraturan-peraturan kawalan ubat dan kosmetik. Hukuman akan dijatuhkan bagi mereka yang terus menjual produk-produk tersebut.

PERINGATAN BAGI ORANG AWAM

Mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan jika mengalami sebarang kesan dari penggunaan produk-produk itu.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan