Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia siasat video "ancaman jihad kanak-kanak" berusia 8 tahun

Polis Australia pada hari ini (30 Apr) menyatakan ia sedang menyiasat satu aduan mengenai anak lelaki kepada seorang pengganas ISIS yang berusia lapan tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia siasat video "ancaman jihad kanak-kanak" berusia 8 tahun

Anak kepada pengganas Khaled Sharrouf, Humzeh, dalam video yang disiasat.

Diterbitkan : 30 Apr 2017 05:02PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 05:09PM

SYDNEY: Polis Australia pada hari ini (30 Apr) menyatakan ia sedang menyiasat satu aduan mengenai anak lelaki kepada seorang pengganas ISIS yang berusia lapan tahun, dirakam memakai jaket diisikan bom atau bom bunuh diri.

Kanak-kanak itu kemudian membuat ancaman bahawa dia akan membunuh warga Australia.

Dia disyaki adalah anak bongsu Khaled Sharrouf, yang pada bulan Februari menjadi warga Australia pertama yang kerakyatannya dilucutkan di bawah undang-undang anti-pengganasan.

Kanak-kanak lelaki itu baru-baru ini dirakam memegang dua senapang dan sebilah pisau dan membuat ancaman apabila terdengar satu suara yang bertanyakan kepada budak itu: "Bagaimana anda membunuh warga Australia?" menurut laporan Sunday Telegraph Sydney.

"Pasukan Anti-Pengganasan Bersama NSW (JCTT) maklum mengenai video dari Timur Tengah yang memaparkan seorang budak bawah umur membuat ancaman atas nama ISIS," menurut polis bandar New South Wales dalam satu kenyataan.

Sharrouf, dipercayai terbunuh dalam satu bedilan udara di Iraq pada tahun 2015 tetapi laporan media kemudian mempersoalkan jika dia benar-benar terkorban.

Canberra meningkatkan tahap waspada kepada ancaman pada September 2014 dan memperkenalkan undang-undang baru keselamatan negara itu di tengah-tengah keprihatinan mengenai serangan-serangan oleh para individu yang digunakan ISIS.

Ia juga mengambil pendirian teguh terhadap warga Australia yang cuba ke zon konflik termasuk Syria dan Iraq.

Pihak berkuasa percaya, 110 warga Australia sudah ke Syria atau Iraq untuk berperang bagi pihak kumpulan-kumpulan pengganas. Sekitar 60 pertaus daripada mereka sudah terkorban. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan