Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aung San Suu Kyi tidak sertai Perhimpunan Agung PBB di tengah-tengah krisis Rohingya

Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Htay.

Anggaran Waktu Membaca:
Aung San Suu Kyi tidak sertai Perhimpunan Agung PBB di tengah-tengah krisis Rohingya

Aung San Suu Kyi. (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 04:56PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 04:58PM

YANGON: Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (UNGA) ke-72, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Htay.

Encik U Zaw Htay menambah Cik Suu Kyi "sedang mencuba untuk mengawal keadaan keselamatan, dan untuk mempunyai keamanan dan kestabilan daripada dalam negeri, dan untuk mencegah penyebaran konflik perkauman".

Sebaliknya beliau akan diwakili Naib Presiden Encik U Henry Van Thio, lapor agensi berita China Xinhua.

Cik Suu Kyi pertama kali menghadiri dan menyampaikan ucapan di UNGA ke-71 pada September 2016.

Sumber : Bernama/CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan