Images
  • ASEAN flags
    Gambar fail bendera negara-negara ASEAN. (Gambar: AFP/Romeo Gacad)

ASEAN, China bincang tatalaku Laut China Selatan

GUIYANG: Para pegawai ASEAN dan China sedang mengadakan pertemuan di Guiyang, barat daya China, bagi membincangkan isu Laut China Selatan.

Para wakil antara lain membincangkan Perisytiharan mengenai tata laku pihak-pihak yang berkepentingan di Laut China Selatan.

Ia ditandatangani pada 2002 oleh China dan negara-negara ASEAN, yang melakarkan prinsip-prinsip penting dalam pengurusan pertikaian di Laut China Selatan.

Pertemuan itu diadakan sedang China memasang pelancar roket di kawasan yang dipertikaikan bagi mencegah kemasukan para penyelam tentera Vietnam.

China seringkali mengatakan pembinaan kemudahan tenteranya di "kawasan perairan yang dikuasainya di Laut China Selatan" adalah untuk tujuan pertahanan.

Sementara itu China akan mengadakan mesyuarat pertama dengan Filipina mengenai Laut China Selatan esok.

Menjelang pertemuan itu, Presiden Filipina berkata beliau bersikap terbuka untuk meneroka sumber-sumber asli di Laut China Selatan bersama pihak-pihak yang menuntut kedaulatan kawasan itu. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top