Images
  • UNESCO
    (Gambar: PHILIPPE WOJAZER/REUTERS)

AS undur dari UNESCO sekali lagi

WASHINGTON: Dalam satu langkah yang mendadak, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel, mengumumkan pengunduran daripada program Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), UNESCO, menjelang hujung tahun ini.

Keputusan tersebut diumumkan dalam satu kenyataan media Jabatan Negara Amerika Syarikat. Ia memberikan alasan bahawa UNESCO berat sebelah terhadap Israel dan perlunya satu rombakan ke atas agensi PBB tersebut.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menghentikan 20% sumbangannya kepada UNESCO sejak pentadbiran Obama, setelah badan dunia itu mengiktiraf Penguasa Palestin sebagai anggotanya.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutterres, melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel itu.

Ini merupakan badan dunia ketiga Amerika Syarikat menarik diri sejak Presiden Donald Trump mengambil alih jawatan.

Presiden Trump sebelum ini sudahpun mengundurkan Amerika daripada Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik TPP dan Perjanjian Iklim Paris.

- AFP/AA/sm

Komen Anda?

Top