Images
  • syria crematorium
    Gambar-gambar yang didakwa menunjukkan sebuah penjara tentera Syria.

AS tuduh Syria bina tempat pembakaran mayat bagi hapuskan tahanan yang dibunuh

WASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh Syria sedang membina sebuah tempat pembakaran mayat di sebuah penjara tentera, bagi menghapuskan mayat ribuan tahanan yang dibunuh.

Jabatan Negara Amerika mendedahkan gambar-gambar yang didakwa tempat pembakaran mayat di Syria itu.

Ia terletak di luar ibu kota Damsyik.

Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 orang telah mati di dalam penjara itu antara tahun 2011 hingga 2015.

Mereka mendakwa sehingga 50 tahanan dibunuh setiap hari.

Sehingga kini, pemerintah Syria belum memberikan reaksinya.

Washington sudahpun menyeru Mosko agar tidak membiarkan saja jenayah yang dilakukan sekutu kuatnya itu.

Sementara itu, satu pusingan baru rundingan damai sudahpun disambung di Geneva, Switzerland.

Rundingan lima pusingan sebelum ini gagal membuahkan hasilnya.

- CNA/im

Komen Anda?

Top