Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS rancang tubuh "zon keselamatan sementara" dalam usaha perangi pengganas

Para wakil dari 68 negara termasuk Singapura menghadiri mesyuarat anti ISIS di Washington.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 12:47AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 01:42AM

WASHINGTION DC: Para wakil dari 68 negara termasuk Singapura menghadiri mesyuarat anti ISIS di Washington.

Mesyuarat itu bertujuan mencari cara-cara baru untuk meluaskan usaha memerangi kumpulan pengganas itu.

Dalam ucapannya, Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson berkata usaha untuk mengalahkan ISIS menjadi keutamaan negaranya.

Sehubungan dengan itu Encik Tillerson mengumumkan rancangan untuk menubuhkan "zon-zon keselamatan sementara" dalam tahap selanjutnya kempen memerangi ISIS dan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Encik Tillerson menerangkan penubuhan zon-zon itu bertujuan membolehkan para pelarian pulang ke rumah mereka. Namun beliau tidak memberikan perincian cara melaksanakannya.

Bagaimanapun rancangan penubuhan zon-zon keselamatan seperti itu mungkin meningkatkan lagi penglibatan tentera Amerika di Syria.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan