Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kenakan sekatan ke atas syarikat terlibat pengubahan wang haram ke Korea Utara

Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikat berpangkalan di China dan Singapura yang dituduh membantu rancangan pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2017 10:48PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 10:55PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikat berpangkalan di China dan Singapura yang dituduh membantu rancangan pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan $9.5 juta dari syarikat Velmur Management dan Transatlantic Partners yang berpangkalan di Singapura.

Pihak pendakwa raya Amerika Syarikat mendakwa dua syarikat Singapura membekalkan minyak kepada Korea Utara dan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Menurut Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), Transatlantic Partners didaftar pada Mei tahun lalu.

Kegiatan utamanya adalah menjadi pemborong peralatan perindustrian dan binaan.

Namun, apabila Mediacorp cuba untuk mendapatkan penjelasan pengarah dan pemegang sahamnya hari ini, mereka enggan mengulas.

Sementara itu, Velmur Management didaftarkan pada November 2014.

Ia adalah syarikat pengangkutan dan penyimpanan produk-produk minyak.

Syarikat itu sudahpun mendaftarkan alamatnya di sebuah apartmen yang terletak di The Sail di Marina Bay.

Lapan lagi syarikat yang berpangkalan di China juga dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Menurut beberapa laporan, sekatan-sekatan itu bertujuan untuk menghalang program nuklear Korea Utara. 

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan