Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS keluarkan amaran perjalanan ke Eropah ekoran risiko serangan pengganas

Amerika Syarikat (AS)  mengeluarkan amaran perjalanan ke Eropah pada Khamis (16 Nov), yang memberi amaran kepada rakyatnya tentang "peningkatan risiko serangan pengganas" di seluruh rantau itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
AS keluarkan amaran perjalanan ke Eropah ekoran risiko serangan pengganas

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: REUTERS/Kevin Lamarque)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 08:17PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 08:18PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran perjalanan ke Eropah pada Khamis (16 Nov), yang memberi amaran kepada rakyatnya tentang "peningkatan risiko serangan pengganas" di seluruh rantau itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Merujuk insiden di beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Britian dan Sweden baru-baru ini yang mendapat liputan meluas, Jabatan Negara Amerika menyatakan pihaknya tetap bimbang dengan potensi serangan pengganas pada masa depan. 

Insiden terbabit membuktikan bahawa kumpulan militan ISIS atau Daesh dan al-Qaeda serta sekutu-sekutunya masih mampu merancang serta melaksanakan serangan pengganas di Eropah, menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Kenyataan itu turut memberi amaran tentang ekstremis radikal yang mungkin melancarkan serangan "dengan memberi sedikit atau tanpa amaran."

Menurut kenyataan itu, Amerika Syarikat akan terus bekerjasama rapat dengan semua sekutunya di Eropah untuk menangani keganasan.

Amaran perjalanan itu dijangka berakhir pada akhir Januari tahun depan. 

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan