Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Jepun, Korea Selatan mulakan latihan pengesan peluru berpandu

Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan memulakan latihan bersama bagi mengesan peluru berpandu yang dilancarkan ke udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2017 07:34PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 11:06PM

KOREA SELATAN: Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan memulakan latihan bersama bagi mengesan peluru berpandu yang dilancarkan ke udara.

Latihan dua hari di laut dekat Jepun, adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara dua minggu lalu.

Siang tadi (11 Dis), pemerintah Seoul menambah lagi 20 pertubuhan Korea Utara dan 12 individu kepada senarai sekatannya.

Langkah itu sebahagian daripada usaha untuk menyekat pembiayaan bagi program senjata Pyongyang.

Sekatan itu bagaimanapun dianggap simbolik, kerana pertukaran dagangan dan kewangan antara kedua-dua Korea dimansuhkan sejak Mei 2010.

Ini menyusuli kejadian di mana sebuah kapal perang Korea Selatan ditembak torpedo Korea Utara.

Tetapi Pyongyang menafikannya.

Selain langkah memperkukuh pertahanannya, Seoul juga dilaporkan sedang meningkatkan penjualan senjatanya dalam usaha menjadi negara pengeksport senjata utama.

Sumber : Agensi berita/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan