Images
  • America flag
    Gambar fail bendera Amerika. 

AS jangkakan tindak balas menyusul keputusan Trump, minta Israel 'bertahan'

WASHINGTON: Amerika Syarikat meminta para pegawai Israel bertahan daripada bertindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut dokumen Jabatan Negara Amerika, Washington menjangkakan tindak balas dan kini timbul pula ancaman yang berpotensi untuk menggugat kemudahan dan keselamatan rakyat Amerika.

Dokumen itu juga meminta para pegawai Eropah untuk memberitahu seluruh dunia bahawa keputusan Trump tidak melanggar isu-isu "status terakhir" antara Israel dan Palestin.

Dokumen kedua Jabatan Negara Amerika yang bertarikh 6 Disember turut menyebut tentang pembentukan sebuah pasukan bertindak dalaman.

Ia dilaporkan akan "memantau perkembangan di merata dunia" berikutan keputusan Amerika mengenai Baitulmakdis.  

- CNA/NU/aq

Komen Anda?

Top