Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS jalankan siasatan jenayah terhadap 1MDB

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan sedang melakukan siasatan jenayah terhadap dana pelaburan strategik Malaysia, 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2017 08:03PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 11:04PM

AMERIKA SYARIKAT: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan sedang melakukan siasatan jenayah terhadap dana pelaburan strategik Malaysia, 1MDB.

Sehubungan dengan itu Jabatan Keadilan meminta seorang hakim di Los Angeles supaya menangguhkan tuntutan mahkamah sivil terhadap aset-aset bernilai AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada dana itu.

Berdasarkan puluhan tuntutan mahkamah sivil yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika sepanjang dua tahun lalu wang 1MDB sebanyak AS$4.5 bilion (S$6.1 bilion) disalahgunakan oleh para pegawai kanan dana itu dan sekutu-sekutu mereka.

Jabatan Keadilan Amerika mahu proses tuntutan-tuntutan mahkamah sivil itu ditangguhkan kerana pendedahan maklumatnya boleh menjejas hebat keupayaan jabatan itu dalam melakukan siasatan jenayah terhadap kes tersebut.

Menurut jabatan itu lagi siasatan tersebut bersifat global kerana jenayah-jenayahnya dilakukan selama beberapa tahun di pelbagai negara.

Pihak 1MDB belum memberikan reaksinya terhadap perkembangan itu.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan